Tuesday 14 February 2012

Hehe

Saya berpendapat bahawa bersiar-siar menggunakan public transport lebih bagus dan jimat dari menggunakan kenderaan sendiri. Setuju?

Aku setuju sebab sekarang aku takde kenderaan sendiri. Walaupun terpaksa menanggung beban berada didalam tren selama 45 minit namun itu bukanlah penghalang untuk aku terus saving --' yeke mil? Emm tak. Haha.. Skrg dah rase berkobar-kobar untuk memiliki kenderaan sendiri. Berjuang habisan untuk downpayment. Ahakaka, saving lah sangat tiga tahun habis belajar seribu pun belum sempat berbunga dalam ASB.

Okey, untuk menghasilkan bunga yang lebih besar dalam ASB maka perlulah memiliki simpanan lebih dalam ASB. Jadi, penggunaan KTM atau public transport yang lain adalah sangat berguna untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa membayar permit parkir. Disamping itu juga, compare bayar minyak kereta yang sedia makan minyak banyak juga dapat diatasi dengan menggunakan bas. Eh, naik bas pon boleh enjoy lah.

Emm bagi aku penggunaan KLIA Transit tu rasional jugak la cuma kadang-kadang tak berapa rasional sebab terlalu mahal, boleh pergi balik Sentral dari Bangi. Rugi rugi. Just in case dah penat gila jalan atau byk bawak barang atau terlalu lama menunggu tren. (Huhu selalu pun penat gila dan banyak barang aiiigo).

Jadi sementara aku tidak memiliki kenderaan, aku harus sentiasa berfikiran positif terhadap penggunaan kenderaan awam. Macam haritu, aku teringin nak makan dekat Kg Baru. Kitorang try-try je naik Putra dan harapkan cab wujud kat situ. Tapi nasib memang baik sebab stesen tu berenti betul-betul area Kg baru. Wohohoho. Maka kesimpulannya kalau tak cuba memang taktau. 


Firdaus with his brand new jersey sempena Anniversary
Liverpool Team is more than anything now --'


Dari Kg baru we went to Wangsa Walk!
Takde ape sangat yang best except for its bowling alley!!
 See ya

No comments:

Post a Comment